Tag Archives: Ubat Resdung

Simptom Simptom Resdung

Simptom Simptom Resdung

Jika kita mengalami masalah resdung ia akan menyebabkan banyak kesan sampingan atau pun symptom symptom yang akan berlaku akibat daripada resdung ini. Simptom yang berlaku pada setiap orang adalah berbeza mengikut keadaan badan seseorang ataupun mengikut tahap kesihatan seseorang.

Antara symptom yang boleh berlaku akibat daripada resdung antaranya ialah:

 

  1. Gatal-gatal di bahagian muka,
  2. Rasa gatal di mata
  3. Gatal gatal di bahagian telinga,
  4. Mata gatal dan pedih
  5. Bersin pada waktu pagi,
  6. Nafas bau busuk
  7. Selalu sakit kepala
  8. Gatal gatal tekak
  9. Hidung tersumbat
  10. Muka berjerawat
  11. Hidung berair dan meleleh atau seangkatan dengannya.

Jika anda ada menghadapi masalah di atas, kemungkinan anda menghadapi masalah resdung. Cepat bertindak untuk berubat bagi mengelakkan resdung menjadi lebih parah. Jika parah anda mungkin perlu membuat pembedahan akibat daripada masalah resdung ini.

Rawat resdung dengan  jus hikayat. Klik sini http://ubatresdung.net/

RESDUNG – Risiko jangkitan otak

RESDUNG – Risiko jangkitan otak

Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN
ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam.

Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka.

Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda disahkan menghidap penyakit sinusitis.

Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.

“Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.

“Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,” kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.

Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.

Sinus terletak pada bahagian muka – pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.

Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.

Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.

“Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.

“Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria,” katanya.

Dr. Amir Izwan yang juga pakar bedah kepala dan leher berkata, bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat.

Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.

Mengulas lanjut, resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya.

Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung.

Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan’ tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya.

Katanya, apabila gejala resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut.

Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari.

“Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.

“Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak,” kata Dr. Amir Izwan.

Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian tanda-tanda resdung akut.

Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda.

Ditanya bagaimanakah caranya untuk membezakan di antara resdung, demam selesema biasa dan alahan hidung memandangkan ketiga-tiganya mempunyai gejala yang saling bertindihan, Dr. Amir Izwan menjelaskan:

“Jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itu resdung.

“Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada tiga bulan, resdung akut boleh menjadi kronik.

“Gejalanya mungkin tidak seteruk resdung akut namun, jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan,” katanya.

Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti penyakit itu.

Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.

Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku. Pesakit selalunya diberikan rawatan antibiotik untuk menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula sebulan dua kemudian.

Puncanya mungkin disebabkan oleh faktor penyebab penyakit ini yang tidak dirawat sepenuhnya, lazimnya susunan tulang dalaman sinus yang tidak normal dan sempit. Dalam kes-kes begini, pembedahan endoskopi dilakukan.

Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru ini akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop.

Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung.

Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat di sekeliling kawasan hidung.

Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat-ubatan.

“Justeru, adalah sangat penting bagi para pesakit untuk mengekalkan pengambilan ubat-ubatan antialahan selepas pembedahan,” kata Dr. Amir Izwan.

Tambahnya, cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.

Gejala resdung:

* Hidung tersumbat

* Lendir daripada hidung dan tekak

* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata

* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang

* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas

* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Punca resdung:

* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit

* Hidung bengkok

* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor

* Jangkitan gigi atas

* Ketumbuhan di dalam hidung

* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas

* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.

Komplikasi resdung:

* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata

* Jangkitan otak (meningitis)

* Sakit tekak yang kronik

* Jangkitan tulang muka

* Memburukkan keadaan lelah

* Berdengkur yang kronik

* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak

* Alahan hidung atau hidung sensitif

* Selesema biasa yang melarat.

Diagnosis:

* Skop hidung untuk melihat punca resdung

* Skan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah

Rawatan:

Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.

* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)

* Ubat selesema

* Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung

* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

Tip menguruskan resdung:

* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop

* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan

Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan

* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung

* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air

* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap

* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya

* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi

* Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan

* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0123&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm#ixzz2eJElsU2T
© Utusan Melayu (M) Bhd

Cara rawat resdung dengan hanya minum jus. Klik sini http://ubatresdung.net/

Petua Merawat Resdung di Rumah

Petua Merawat Resdung di Rumah

Petua merawat resdung di rumah yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya.

Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke suatu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Tapi untuk mendapatkan kesan yang baik dan positif hendaklah diamalkan selalu sekerap yang mungkin. Jika ia sesuai untuk anda, makan anda dah dapat jimatkan kos yang banyak daripada membeli ubat resdung. Jimatkan, hanya dengan menggunakan air sahaja. Cubalah hari ini.

Sumber http://www.bheuu.gov.my/

 

 

Apa itu resdung

Apa itu resdung?

Mungkin ramai yang tidak mengetahui asal usul perkataan resdung. Perkataan resdung diambil daripada dua perkataan iaitu ‘resah hidung’ yang telah digabungkan menjadi “resdung”. Penyakit resdung adalah satu keadaan di mana seseorang itu akan menjadi alah kepada keadaan sekeliling persekitaran seperti habuk, hama, debu atau biji-biji debunga dan tumbuh-tumbuhan.

Daripada istilah perubatan tradisional, resdung adalah keresahan, kerengsaan, ataupun gangguan pada hidung yang boleh menyebabkan menjadikan kita mengalami banyak masalah seperti gatal gatal di hidung, mata, telinga dan sebagainya. Gejala gejala yang berlaku tersebut akan menyebabkan kita tidak selesa untuk melakukan rutin harian.

Selain itu banyak juga kajian yang dilakukan dalam kaedah sains dan perubatan di mana resdung dikatakan berpunca daripada kuman ataupun virus.

Ketahui cara rawat resdung di sini http://ubatresdung.net/

Alahan rhinitis

Resdung

 

Penyakit bermusim di Barat dan biasa di negara kita tidak boleh diambil ringan

ALAHAN rhinitis (berkaitan resdung), penyakit yang begitu dibimbangi di Eropah dan Jepun akibat lebih banyak debunga tersebar di udara ketika musim bunga dan luruh, namun fenomena berkenaan tidak seharusnya dipandang remeh di kalangan masyarakat dunia lain termasuk Malaysia sebagai negara beriklim tropika. 

Ini kerana penyebaran rhinitis boleh berlaku dengan pelbagai kaedah. Di Barat, alahan rhinitis bermusim atau juga dikenali sebagai demam alahan, berlaku berikutan kesan alahan terhadap debunga atau spora kulat disebabkan tindak balas imun yang terlalu sensitif. 

Bagaimanapun, kajian di Malaysia pula menunjukkan alahan rhinitis biasanya disebabkan oleh hama habuk rumah dan lipas. 

Sebenarnya alahan penyakit ini tidak asing lagi di negara ini. Di kalangan masyarakat Cina ia sering digelar sebagai min gan manakala Melayu pula, dikenali sebagai resdung

Perunding Imunologi Klinikal dan Pakar Pediatrik, Universiti Monash, Prof Madya Dr Amir Hamzah yang juga Presiden Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia (MSAI), berkata gejala utama alahan rhinitis penghidapnya akan bersin, gatal hidung, tersumbat dan berair. 

Katanya, alahan itu boleh berlaku setiap hari dan mungkin lebih kerap pada waktu pagi sehingga kebanyakan kes menyebabkan mata terasa gatal dan berair. 

Apabila seseorang itu mengalami resdung mereka akan mengeluarkan cecair daripada hidung, biasanya jernih atau berwarna agak putih dan sekiranya warnanya kehijauan ia lebih menjurus kepada jangkitan berbanding alahan. 
Sebenarnya, seseorang itu tidak mudah dijangkiti gejala resdung jika mereka mempunyai sistem pertahanan yang mampu melindungi badan daripada benda asing yang berbahaya. 

Sistem pertahanan badan mengenal pasti debunga serta hama habuk sebagai bahan berbahaya dan mengeluarkan antibodi Immunoglobulin E (IgE) secara berlebihan untuk mengikat serta menentang benda asing. IgE menggalakkan perembesan histamin bagi mengeluarkan spora dan ini akan menyebabkan saluran pernafasan membengkak dan menyebabkan gejala alahan rhinitis. 

Pesakit yang menghidapi alahan rhinitis boleh mengambil ubat anti-alahan konvensional termasuk anti-histamin, ubat steroid intra-nasal atau decongestant. Rawatan sebegini hanya untuk melegakan gejala alahan. 

Rawatan lebih khusus boleh mengubah perkembangan penyakit dan berpotensi untuk menyembuh imunoterapi allergen-spesifik yang biasanya diberikan secara titisan di bawah lidah atau ada kalanya dalam bentuk suntikan. 

Secara am rawatan ini berkesan dan selamat tetapi memerlukan tempoh rawatan yang panjang, iaitu antara tiga hingga lima tahun. Tetapi jika dibandingkan dengan pengambilan ubat anti-alahan konvensional ia perlu diambil sepanjang hayat pesakit, katanya. 

Sementara itu, kajian percubaan dilakukan oleh Program Biologi Gastrointestinal dan Kesihatan di Institut Penyelidikan Makanan (IFR), United Kingdom, mendapati Yakult, sejenis minuman probiotik yang mengandungi Lactobacillus casei Shirota (Shirota strain) boleh mengimbangkan tindak balas imun terhadap alahan rhinitis dan berpotensi untuk mengurangkan gejala alahan. 

Dalam kajian itu, sukarelawan yang mempunyai sejarah alahan rhinitis perlu minuman susu setiap hari Yakult yang mempunyai dan tidak mempunyai bakteria hidup selama lima bulan. 

Kajian ini adalah kajian double-blinded dan placebo terkawal, iaitu sejenis bahan atau persediaan yang tidak aktif digunakan sebagai kawalan dalam sesuatu eksperimen atau ujian untuk menguji keberkesanan sesuatu ubat. 

Dalam kajian itu sukarelawan dan saintis tidak mengetahui siapa yang diberikan minuman probiotik. 

Dr Amir berkata, kajian mengenai penggunaan probiotik untuk rawatan alahan membayangkan perkembangan positif berdasarkan kepada data yang diterima. 

Saya teruja untuk melihat lebih banyak lagi kajian dijalankan berkaitan bidang ini. katanya. 

Di Jepun, Yakult dianugerahkan oleh Kementerian Kesihatan Jepun dengan logo Food for Specified Health Uses berserta akuan kesihatan Shirota strain berupaya sampai ke dalam usus secara hidup. 

Produk itu berupaya mengekalkan kesihatan dengan menambahkan bilangan bakteria berfaedah, mengurangkan bilangan bakteria berbahaya serta menambah baik keadaan usus. 

Setiap botol Yakult Ace dan Yakult Ace Light mengandungi sekurang-kurangnya 30 bilion Shirota strain hidup yang dapat membantu melindungi diri daripada gejala alahan serta penyakit lain dan sekali gus dapat mengekalkan kesihatan yang baik. 

Apa yang diharapkan supaya ada kajian lebih banyak diadakan dalam bidang ini untuk mengenal pasti penggunaan probiotik dalam rawatan alahan. 

Sementara itu, Saintis Kanan Program Biologi Gastrointestinal dan Kesihatan Institut Penyelidikan Makanan (IFR), United Kingdom, Dr Kamal Ivory, berkata strain probiotik yang diuji mengubah cara sel imun bertindak balas terhadap debunga rumput, seterusnya dapat mengembalikan tindak balas imun yang lebih seimbang. 

Bagaimanapun, gejala klinikal tidak dikaji dan ada perancangan untuk kajian lanjutan memantau data gejala klinikal. 

Penyelidik di University of East Anglia dan Norwich Research Park sedang merekrut 60 orang sukarelawan untuk mengambil bahagian dalam kajian selama 12 bulan ini bagi menguji bagaimana Yakult boleh digunakan bagi mengurangkan gejala alahan yang semakin membimbangkan. 

Dalam satu kajian sama yang lebih berskala besar terhadap kesan probiotik ke atas alahan rhinitis yang disebabkan debunga pohon cedar Jepun, keputusannya menunjukkan bahawa walaupun minuman susu kultur yang mengandungi Shirota strain ia tidak mencegah gejala alahan terhadap pesakit yang sensitif kepada debunga pohon itu, tetapi ia berupaya melewatkan gejala alahan pesakit yang mempunyai skor gejala alahan hidung sederhana hingga teruk.

Sumber

Cari ubat resdung di sini ada  | http://ubatresdung.net/

Resdung

Alahan penyebab resdung

Alahan Penyebab Resdung

 

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
nisa.sulaiman@utusan.com.my
Foto ZAKARIA IDRIS

ADAKAH anda sering mengalami bersin, selesema, mata gatal dan hidung tersumbat secara berterusan melebihi tempoh sebulan?

Jika keadaan begini berterusan, anda dinasihatkan berjumpa doktor bagi memastikan sama ada anda mengalami alahan hidung atau resdung.

Pakar Runding Telinga, Hidung dan Tekak, Kepala dan Pembedahan Leher, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Dr. Samril Bokari berkata, tanda-tanda alahan hidung berkenaan yang tidak dirawat akan membawa kepada sinusitis atau resdung.

“Biasanya tanda awal alahan hidung adalah selesema, bersin, hidung tersumbat serta muka dan mata yang gatal dan berair.

“Dalam keadaan begini tidak ramai yang mendapatkan nasihat dan rawatan doktor dengan alasan penyakit yang dihidapi tidak teruk,” katanya.

Sememangnya resdung tidak membawa kepada kematian tetapi memberikan kesan kepada gaya hidup dan keyakinan diri pesakit.

Alahan penyebab resdung.

Alahan hidung berlaku apabila selaput hidup membran mukus, telinga tengah dan tekak membengkak kerana menghidu debunga, hama dan habuk serta perubahan cuaca.

Apabila itu berlaku, hidung akan bertindakbalas dengan benda asing menyebabkan simptom seperti selesema, bersin, gatal mata dan hidung berterusan.

Dr. Samril berkata, jika alahan hidung dibiarkan berterusan, ia akan menyebabkan komplikasi seperti rongga sinus tersumbat (terdapat lapan rongga sinus).

Rongga sinus yang bertindak untuk pengudaraan terhalang dan menyebabkan bakteria terperangkap, sinusitus dan nanah terkumpul.

Pesakit juga terdedah kepada jangkitan telinga tengah atau kegagalan Tiub Euschasian.

“Ketika itu pesakit akan merasa tidak selesa di muka, bendalir hijau meleleh dari hidung dan jika tidak dirawat akan menyebabkan jangkitan kuman di otak,” katanya.

Terdapat juga pesakit yang menghidap asma akibat alahan hidung yang berterusan kerana hidung dan paru-paru bersambung.

Rawatan awal boleh dilakukan menggunakan ubat bagi mengurangkan selesema dan semburan hidung yang berterusan sehingga sembuh.

Menurut Dr. Samril, sinusitis boleh berlaku kepada sesiapa saja, bagaimanapun risiko lebih besar jika ahli keluarga terdekat menghidapinya.

Alahan hidung biasanya berlaku pada usia muda antara 8 hingga 11 tahun sementara 80 peratus menghidapinya semasa berusia 20 tahun.

Ketika usia muda, alahan hidung lebih biasa berlaku pada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan tetapi bila dewasa peratusannya lebih kurang sama.

“Sejarah pesakit amat penting dalam menilai alahan hidung.

“Elemen penting termasuk menilai persekitaran, tempoh simptom, tindak balas perubatan, sejarah keluarga dalam alergi dan pekerjaan,” katanya.

Sejarah berkenaan boleh membantu mengenal pasti punca dan penawar kepada alahan berkenaan.

Alahan penyebab resdung

Simptom berkaitan dengan bersin, gatal hidung, mata dan telinga, hidung berair, sakit kepala, mata merah dan letih.

Pastikan simptom berkaitan dengan alahan sama ada debunga, kulat, haiwan tertentu, habuk atau hama.

Biasanya struktur hidung akan bengkak dan jika penyakit parah maka ruang sinus akan mengandungi nanah.

“Pesakit akan diberikan antibiotik selama 10 hari hingga dua minggu.

“Biasanya pesakit yang mengambil ubat secara berterusan akan dapat mengawal alahan,” katanya.

Bagaimanapun jika resdung tadi bertambah parah, jalan terakhir adalah melalui pembedahan.

Sumber 

  

Alahan Penyebab Resdung